Isnin, 4 Januari 2021 | 9:55am

477 mangsa banjir di Muallim dipindahkan ke PPS

TANJUNG MALIM: Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini sehingga jam 7.30 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, dua PPS dibuka di Tanjung Malim iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Balun dan Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan 271 mangsa banjir.

Katanya, PPS Kampung Pauh di Kampung Pauh dan PPS Dewan Kampung Pasir di Kampung Sungai Lembing pula menempatkan 49 mangsa banjir.

"Di Slim River pula, empat PPS dibuka membabitkan 157 mangsa banjir," katanya.

Tinjauan di Kampung Balun mendapati banjir belum surut.

Kejadian banjir yang menyebabkan hampir keseluruhan kampung terbabit termasuk kawasan perumahan Taman Slim Permai adalah pertama kali dihadapi penduduk.

Keadaan rumah penduduk di Taman Slim Permai, Slim River, yang dilanda banjir akibat daripada air sungai Slim yang melimpah berikutan hujan tidak berhenti sejak awal pagi hingga ke tengah malam tadi. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Taman Slim Permai masih digenangi air. - NSTP/Rosman Shamsudin

Berita Harian X