Jumaat, 11 Disember 2020 | 9:45am

Saarani mula tugas MB Perak Ke-14

IPOH: Datuk Saarani Mohamad yang dipilih sebagai Menteri Besar Perak Ke-14 memulakan tugasnya secara rasmi hari ini.

Beliau tiba di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada jam 9 pagi ini.

Saarani, 59, tiba di Bangunan SUK dengan berpakaian baju Melayu lengkap bersamping hijau disambut Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zulazlan Abu Hassan.

Saarani dijangka mengadakan sidang media pertamanya di Dewan Bankuet dalam masa terdekat sebaik selesai sesi taklimat ringkas di Pejabat Menteri Besar.

Datuk Saarani Mohamad mengimbas kad perakam waktu sebelum memulakan tugas pada jam 9 pagi. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Datuk Saarani Mohamad mengimbas kad perakam waktu sebelum memulakan tugas pada jam 9 pagi. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Datuk Saarani Mohamad mengaminkan doa ketika hadir memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Datuk Saarani Mohamad mengaminkan doa ketika hadir memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Datuk Saarani Mohamad memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Datuk Saarani Mohamad memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Berita Harian X