Rabu, 9 Disember 2020 | 4:34pm
 Istana Kinta. - Foto NSTP / Sharul Hafiz Zam
Istana Kinta. - Foto NSTP / Sharul Hafiz Zam

ADUN PAS mengadap Sultan Nazrin

IPOH: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS tiba di Istana Kinta sebentar tadi bagi mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

ADUN yang dilihat memasuki pintu istana itu adalah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, juga ADUN Gunong Semanggol; ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria ketika tiba di Istana Kinta untuk menghadap sembah Sultan Perak. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria ketika tiba di Istana Kinta untuk menghadap sembah Sultan Perak. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam

Rombongan kenderaan membawa semua ADUN tiba di pintu masuk istana jam 4.24 petang ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini sebelum itu berkata, petang ini pertemuan mengadap Sultan Nazrin akan dibuat secara berasingan antara ADUN PAS dan BERSATU.

Berita Harian X