Jumaat, 6 November 2020 | 6:17pm
Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong ditangkap selain sembilan kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng, semalam. - Foto hiasan
Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong ditangkap selain sembilan kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng, semalam. - Foto hiasan

Op Benteng: 25 PATI, 2 tekong ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong ditangkap selain sembilan kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata melalui operasi itu, sebanyak 149 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan 119 SJR dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) (sembilan SJR).

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

"Agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutama di lorong-lorong tikus.

"Pihak berkaitan mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang penularan wabak COVID-19," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi Benteng diselaras bersama ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan AKSEM.

  • Lagi berita mengenai COVID-19


  • Berita Harian X