Jumaat, 6 November 2020 | 5:37pm

Belanjawan 2021: Dana RM4.6 bilion perkasakan usahawan

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan dana bernilai RM4.6 bilion bagi memperkasakan golongan usahawan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sebanyak RM510 juta diperuntukkan bagi pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Selain itu, katanya, peruntukan sama disediakan bagi PKS mikro Bumiputera melalui TEKUN dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).

"RM800 juta melalui program peningkatan keupayaan oleh Bank Pembangunan Malaysia dan SME Bank;

"RM2 bilion diperuntukkan bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP)

"RM1.3 bilion lagi untuk pelbagai program peningkatan kapasiti termasuk pembangunan profesional, Dana Kemakmuran Bumiputera serta program atau projek khusus untuk Bumiputera," katanya, hari ini.

Kerajaan memperuntukkan dana bernilai RM4.6 bilion bagi memperkasakan golongan usahawan. - Foto hiasan
Kerajaan memperuntukkan dana bernilai RM4.6 bilion bagi memperkasakan golongan usahawan. - Foto hiasan
Berita Harian X