Jumaat, 6 November 2020 | 5:32pm

Belanjawan 2021: RM50j sedia TASKA mudahkan petugas barisan hadapan

KUALA LUMPUR: Dana khas berjumlah RM30 juta disediakan untuk penyediaan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di bangunan kerajaan, khususnya hospital.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengakui petugas barisan hadapan dan golongan ibu bekerjaya mengalami pelbagai kekangan untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.

Menerusi dasar keprihatinan itu, katanya, dana sama dalam bentuk geran padanan sehingga RM20 juta akan disediakan untuk sektor swasta.

"Ini bagi menggalakkan mereka menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di premis mereka." katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Kemudahan TASKA di bangunan kerajaan termasuk hospital bakal mudahkan petugas barisan hadapan. - NSTP/ASWADI ALIAS.
Kemudahan TASKA di bangunan kerajaan termasuk hospital bakal mudahkan petugas barisan hadapan. - NSTP/ASWADI ALIAS.
Berita Harian X