Isnin, 2 November 2020 | 10:22pm
PEJUANG terima keputusan Maszlee keluar parti itu. FOTO NSTP
PEJUANG terima keputusan Maszlee keluar parti itu. FOTO NSTP

Selamat maju jaya Maszlee

KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) berterima kasih kepada Dr Maszlee Malik yang menyumbang tenaga untuk menubuhkan parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata parti itu turut menerima keputusan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mengundur diri.

"Kami mengambil maklum pengunduran Maszlee sebagai ahli jawatankuasa parti dan mengucapkan terima kasih atas kesudian dan sumbangan tenaga beliau kepada penubuhan parti setakat ini.

"Pejuang mengucapkan selamat maju jaya dalam segala usaha beliau yang akan datang," kata dalam satu kenyataan hari ini.

Maszlee mengumumkan keputusannya menarik diri daripada parti berkenaan hari ini.

PEJUANG yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya, sehingga kini masih belum diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). - BERNAMA

Berita Harian X