Isnin, 26 Oktober 2020 | 12:19am

Ahli Jemaah Menteri selesai bincang

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Jemaah Menteri meninggalkan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini, bermula jam 10 malam tadi.

Mereka selesai menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri bermula kira-kira jam 8 malam, susulan Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, petang tadi.

Antara yang hadir Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri di JPM (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof; Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sebuah kenderaan membawa Menteri, dipercayai Menteri Pendidikan, YB Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin keluar dari rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin. - NSTP/Fathil Asri
Sebuah kenderaan membawa Menteri, dipercayai Menteri Pendidikan, YB Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin keluar dari rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin. - NSTP/Fathil Asri

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Kenderaan membawa Setiausaha Politik keluar dari rumah peribadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - NSTP/Fathil Asri
Kenderaan membawa Setiausaha Politik keluar dari rumah peribadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - NSTP/Fathil Asri
Berita Harian X