Ahad, 25 Oktober 2020 | 11:24pm

Pemimpin berbincang di kediaman PM

KUALA LUMPUR: Satu pertemuan sedang berlangsung di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini, malam ini.

Pertemuan berkenaan dihadiri beberapa menteri, susulan Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, petang tadi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam satu kenyataan, memaklumkan hasil perbincangan dengan Raja-Raja Melayu hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, tiada keperluan untuk mengisytihar darurat di negara ini buat masa ini.

Katanya, baginda merasakan kerajaan ketika ini berjaya menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan.

Selain itu, katanya, Al-Sultan Abdullah juga bertitah menggesa ahli politik untuk menghentikan segera politik berlebihan yang boleh mengganggu kestabilan negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto BERNAMA
Berita Harian X