Jumaat, 16 Oktober 2020 | 12:54pm
Azhar Azizan Harun.
Azhar Azizan Harun.

Setiap usul akan dikendalikan ikut peraturan mesyuarat

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata setiap usul yang dikemukakan akan dikendalikan pihaknya mengikut peraturan mesyuarat sedia ada.

"Saya sudah membuat kenyataan sebelum ini bahawa sebarang usul yang 'proper' (sesuai), akan dikendalikan mengikut peraturan mesyuarat," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Penaja Parti PEJUANG, Dr Maszlee Malik, bahawa lima ahli parlimen parti itu sudah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibahaskan pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Mengikut kenyataan itu, lima Ahli Parlimen Pejuang berkenaan adalah Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi); Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun); Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam); Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Mengulas lanjut, Azhar berkata, setakat ini pihaknya belum melihat atau meneliti usul berkenaan.

"Hanya itu yang saya boleh katakan tapi saya tidak tahu lagi (sama ada dibawa pada persidangan 2 November ini).

Berita Harian X