Khamis, 15 Oktober 2020 | 11:39pm
Penerbangan ATM yang membawa 26 anggota pasukan paramedik selamat mendarat di Tawau, Sabah pada jam 1.45 tengah hari tadi. - Foto FB Dr Noor Hisham
Penerbangan ATM yang membawa 26 anggota pasukan paramedik selamat mendarat di Tawau, Sabah pada jam 1.45 tengah hari tadi. - Foto FB Dr Noor Hisham

Pasukan paramedik tiba di Tawau

KUALA LUMPUR: Penerbangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa 26 anggota pasukan paramedik selamat mendarat di Tawau, Sabah pada jam 1.45 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasukan berkenaan yang dibarisi anggota pelbagai pangkat, membawa bersama peralatan perubatan awal.

"Sembilan anggota adalah dari Sarawak, manakala selebihnya adalah dari Lok Kawi, Sabah," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau memberitahu, semua anggota itu ditempatkan di Hotel Royale Borneo yang disediakan pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Dr Noor Hisham juga berkata, kerja-kerja membina Hospital Medan Tawau kini giat dijalankan dengan kerjasama ATM bagi membolehkan pusat kesihatan itu digunakan untuk merawat pesakit bukan COVID-19 dari Hospital Tawau.

"Penubuhan hospital medan di Dewan Kompleks Sukan Tawau itu akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk menumpukan rawatan kes-kes positif COVID-19 yang memerlukan penjagaan rapi.

Ketibaan penerbangan ATM ke Tawau pada hari ini jam 1.45 tengah hari, membawa seramai 26 orang pasukan paramedik pelbagai pangkat ke Tawau berserta peralatan perubatan awal. - Foto FB Dr Noor Hisham
Ketibaan penerbangan ATM ke Tawau pada hari ini jam 1.45 tengah hari, membawa seramai 26 orang pasukan paramedik pelbagai pangkat ke Tawau berserta peralatan perubatan awal. - Foto FB Dr Noor Hisham

Pasukan ATM yang dibarisi anggota pelbagai pangkat, membawa bersama peralatan perubatan awal. - Foto FB Dr Noor Hisham
Pasukan ATM yang dibarisi anggota pelbagai pangkat, membawa bersama peralatan perubatan awal. - Foto FB Dr Noor Hisham

"Pesakit-pesakit bukan COVID19 dari Hospital Tawau akan dirawat di hospital medan ini, khususnya untuk perkhidmatan Obstetrics & Gynaecology, Paediatrics, Orthopaedic dan Pembedahan Am.

"Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau merawat kes-kes yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3 - 5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan khususnya Semporna, manakala kes-kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2) akan terus ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID19 Berisiko Rendah (PKRC)," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) berterima kasih kepada semua pihak, terutamanya ATM dalam membantu menjayakan penubuhan hospital medan berkenaan yang terletak kira-kira 10 minit dari Hospital Tawau.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X