Rabu, 14 Oktober 2020 | 4:28pm
Pengawal Keselamatan SK (2) Sultan Alam Shah, Rohani Mangun menutup pintu pagar sekolah yang ditutup bagi membendung penularan COVID-19. - NSTP/Asyraf Hamzah
Pengawal Keselamatan SK (2) Sultan Alam Shah, Rohani Mangun menutup pintu pagar sekolah yang ditutup bagi membendung penularan COVID-19. - NSTP/Asyraf Hamzah

Soalan Lazim Penutupan Sekolah dan Institut Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan penutupan sekolah/institusi pendidikan di bawah KPM bagi rujukan guru, murid, ibu bapa, penjaga serta orang ramai.

FAQ ini boleh dimuat turun melalui portal rasmi KPM di pautan berikut:

i. Penutupan Institusi Pendidikan Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) / Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di pautan https://www.moe.gov.my/soalan-lazim-menu/covid-19/faq-tutup-ip-pkpb-pkpd.

ii. Penutupan Sekolah/Institusi Pendidikan Di Kawasan Zon Merah di pautan https://www.moe.gov.my/soalan-lazim-menu/covid-19/faq-tutup-sekolah-ip-d....

iii. Penutupan Sekolah/Institusi Pendidikan Yang Mempunyai Kes Positif COVID-19 di pautan https://www.moe.gov.my/soalan-lazim-menu/covid-19/faq-tutup-sekolah-ip-k....

KPM berharap FAQ ini dapat membantu memberi penjelasan terhadap persoalan dan kekeliruan yang mungkin timbul berikutan penutupan sekolah/institusi pendidikan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X