Rabu, 14 Oktober 2020 | 4:23pm
Anggota polis bersama tentera melakukan sekatan jalan raya di jalan Bukit Bintang bagi memastikan orang awam tidak melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada tinjauan hari pertama pelaksanaan PKPB. - Foto BERNAMA

Anggota polis bersama tentera membuat sekatan jalan raya di Jalan Ampang menuju pusat bandar. - NSTP/Asyraf Hamzah
Anggota polis bersama tentera membuat sekatan jalan raya di Jalan Ampang menuju pusat bandar. - NSTP/Asyraf Hamzah
Anggota polis bersama tentera mengadakan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Anggota polis bersama tentera mengadakan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

PKPB: SJR di 93 lokasi sekitar Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang menyaksikan 93 sekatan jalan raya (SJR) diadakan bermula tengah malam tadi.

Ia membabitkan 66 SJR di Selangor dan 27 di Kuala Lumpur, bertujuan memantau pergerakan lalu lintas.

Ketika ini, aliran trafik di seluruh Lembah Klang dilaporkan lancar namun beberapa kesesakan dilaporkan di SJR memasuki pusat bandar raya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pergerakan aktiviti harian di sekitar Lembah Klang masih terkawal dan lancar.

"Pemeriksaan SJR mendapati sebahagian besar masyarakat mematuhi arahan kerajaan dengan mengehadkan pergerakan dan peraturan maksimum dua individu dalam setiap kenderaan, selain mengelak aktiviti tidak penting.

"Keadaan di beberapa kawasan utama yang sering menjadi tumpuan umum juga dilaporkan tidak sesak seperti ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya.

Anggota polis trafik Daerah IPD Hulu Selangor bersama anggota tentera melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR4 Plaza Tol Tanjung Malim) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

Anggota polis bersama tentera memeriksa surat kebenaran merentas daerah ketika melakukan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Bintang bagi memastikan orang awam tidak melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada tinjauan hari pertama pelaksanaan PKPB hari ini. - Foto BERNAMA

Anggota polis trafik daerah Gombak bersama anggota tentera melakukan pemeriksaan dokumen perjalanan di sekatan jalan raya di kilometer 14 Jalan Ipoh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

Acryl Sani berkata, ia menunjukkan objektif awal kerajaan mengehadkan pergerakan masyarakat untuk memutuskan rantaian COVID-19 dapat dilaksanakan.

Katanya, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Rahim Jaafar, diarah mengkaji keperluan baharu sepanjang pelaksanaan PKPB bagi tujuan penambahbaikan dan mengatasi kelemahan sedia ada.

Tinjuan BH di sekitar bandar raya tengah hari tadi mendapati aktiviti harian termasuk sektor perniagaan tidak sesibuk seperti sebelum ini.

Pemerhatian di kawasan Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) mendapati kebanyakan kedai menjual pakaian dan aksesori agak sunyi.

Lalu lintas juga tidak sesak di sekitar Jalan Raja Laut, Jalan TAR. Jalan Sultan Ismail dan Bukit Bintang yang lazimnya dipenuhi kenderaan pada waktu puncak.

Bagaimanapun kesesakan dikesan di laluan utama Jalan Loke Yew di sini, iaitu dari Cheras menuju pusat bandar raya.

Kesesakan hampir satu kilometer itu berlaku susulan SJR di hadapan Balai Polis Tun H S Lee.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X