Selasa, 6 Oktober 2020 | 7:01pm

'Abah mula gunakan rotan'

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan hukuman akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat mana-mana individu yang melanggar undang-undang Perintah Kawalan Pergeakan (PKP).

Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan arahan yang dikeluarkan kerajaan.

"Petugas barisan hadapan dari agensi penguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat awam untuk memastikan pematuhan. Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan," katanya dalam perutusan khas, hari ini.

Justeru, Muhyiddin mengajak semua rakyat supaya memerangi COVID-19 secara bersama kerana negara berjaya melandaikan lengkuk jangkitan sebelum ini.

"Saya yakin dan percaya kita akan dapat bersama-sama melandaikannya (kes jangkitan COVID-19) sekali lagi. InsyaAllah, kita doakan mudah-mudahan kita semua akan menang akhirnya," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Individu tanpa mengira pangkat dan darjat tidak akan terlepas hukuman jika ingkar SOP - Muhyiddin. Gambar hiasan. Foto NSTP
    Individu tanpa mengira pangkat dan darjat tidak akan terlepas hukuman jika ingkar SOP - Muhyiddin. Gambar hiasan. Foto NSTP
    Berita Harian X