Khamis, 1 Oktober 2020 | 8:11pm
MENTERI Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang. - foto BERNAMA
MENTERI Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang. - foto BERNAMA

Pejabat UCJAS mula beroperasi hari ini

KUALA LUMPUR: Pejabat Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar (UCJAS) mula beroperasi dengan pembukaannya dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang, hari ini.

UCJAS membabitkan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Biokeselamatan (JBK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut KASA dalam satu kenyataan, hari ini, penggabungan kepakaran daripada empat agensi itu akan dapat memperkasakan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Akta Biokeselamatan 2007.

"Antara bidang tugas UCJAS ialah menjalankan aktiviti risikan jenayah alam sekitar, menjalankan siasatan termasuk melalui kaedah forensik, dan mewujudkan pemetaan jenayah alam sekitar Malaysia," katanya.

Bagi sebarang urusan berkaitan, orang ramai boleh menghubungi Ketua Operasi UCJAS, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Aras 5, Blok F11, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 Putrajaya.

Selain itu, orang ramai boleh menghubungi talian 1800-88-2727 yang menggunakan sistem aduan sedia ada JAS.

Berita Harian X