Ahad, 27 September 2020 | 3:48pm
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA

PKPP: Aktiviti dalam pub, kelab malam kekal kesalahan tertinggi

PUTRAJAYA: Aktiviti dalam pub dan kelab malam terus menjadi kesalahan paling tinggi melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada 523 individu yang ditahan semalam, seramai 356 adalah kerana aktiviti dalam pub dan kelab malam.

"Seramai 523 individu ditahan polis atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, seramai 483 individu dikompaun, manakala 40 direman," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

- Gambar hiasan.
- Gambar hiasan.

Beliau berkata, 105 individu lagi ditahan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka (38), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (20) dan pendatang asing tanpa izin (4).

Katanya, pasukan petugas operasi pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 45,847 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP, semalam.

Selain itu, Ismail Sabri memaklumkan, sebanyak 2,424 pasukan pematuhan membabitkan 11,244 anggota membuat pemantauan di 3,213 pasar raya, restoran (3,893), penjaja (1,017), kilang (1,011), bank (2,896) dan pejabat kerajaan (520).

"Sebanyak 903 terminal pengangkutan darat, 207 terminal pengangkutan air serta 99 terminal pengangkutan udara turut dipantau dalam operasi itu," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X