Ahad, 27 September 2020 | 2:59pm
Istana Negeri Sabah. - NSTP
Istana Negeri Sabah. - NSTP
Istana Negeri Sabah menjadi tumpuan pengamal media bagi mengetahui perkembangan istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah baharu. - Foto BERNAMA
Istana Negeri Sabah menjadi tumpuan pengamal media bagi mengetahui perkembangan istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah baharu. - Foto BERNAMA

LANGSUNG Pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu

ISU pelantikan Ketua Menteri Sabah menjadi perhatian selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), semalam.

Susulan itu, perbincangan diadakan antara kepimpinan parti dalam GRS, tengah hari tadi, bagi menentukan calon Ketua Menteri sebelum nama diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

3.45 petang: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, memerlukan sedikit masa untuk menentukan pelantikan Ketua Menteri. - Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

3:20 petang: Pengerusi PN Sabah, Datuk Hajiji Noor; Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim; dan Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, meninggalkan Istana Negeri Sabah.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilihat keluar meninggalkan pekarangan Istana Negeri. - Foto BERNAMA
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilihat keluar meninggalkan pekarangan Istana Negeri. - Foto BERNAMA

3 petang: Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, tiba di Istana Negeri Sabah.

Kenderaan membawa Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, tiba di pintu utama Istana Negeri Sabah. - NSTP/Yun Mikail
Kenderaan membawa Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, tiba di pintu utama Istana Negeri Sabah. - NSTP/Yun Mikail

2.46 petang: Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim, tiba di Istana Negeri.

Kenderaan membawa Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim, tiba di pintu utama Istana Negeri. - NSTP/Yun Mikail
Kenderaan membawa Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim, tiba di pintu utama Istana Negeri. - NSTP/Yun Mikail

2:26 petang: Pengerusi PN Sabah, Datuk Hajiji Noor, tiba di Istana Negeri Sabah.

Kenderaan membawa Pengerusi PN Sabah, Datuk Hajiji Noor, tiba di Istana Negeri Sabah. - NSTP/Yun Mikail
Kenderaan membawa Pengerusi PN Sabah, Datuk Hajiji Noor, tiba di Istana Negeri Sabah. - NSTP/Yun Mikail

2.23 petang: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, tiba di Istana Negeri

Kenderaan membawa Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, tiba di pintu masuk utama Istana Negeri. - NSTP/Yun Mikail
Kenderaan membawa Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, tiba di pintu masuk utama Istana Negeri. - NSTP/Yun Mikail

1.30 tengah hari: Kenderaan membawa Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, dilihat memasuki pintu utama Istana Negeri.

Suasana di laluan pintu masuk utama ke Istana Negeri di Kota Kinabalu. - NSTP/Malai Rosmah Tuah
Suasana di laluan pintu masuk utama ke Istana Negeri di Kota Kinabalu. - NSTP/Malai Rosmah Tuah



Berita Harian X