Ahad, 27 September 2020 | 12:30am
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat dari dekat perkembangan terkini keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah di kediaman beliau malam tadi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat dari dekat perkembangan terkini keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah di kediaman beliau malam tadi.

Semua aku janji GRS akan ditunai segera - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan, kerajaan negeri Sabah yang baharu di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS), akan mendapat sokongan padu daripada Kerajaan Persekutuan yang dipimpinnya.

Perdana Menteri berkata, semua aku janji yang dibuat sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, akan ditunaikan dengan segera.

"Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi tahniah kepada semua calon terpilih menjadi wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah dan diharap mereka akan mengambil ini sebagai suatu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul sebaiknya.

"Inilah masa anda memulakan tugas sebagai wakil dipilih dengan secara berintegriti, amanah dan berdedikasi serta melaksanakan semua yang kita janjikan dalam aku janji yang kita janjikan," katanya berhubung kemenangan GRS pada PRN Sabah yang disiarkan secara langsung malam ini.

Muhyiddin berkata, kemenangan GRS pada pilihan raya itu menunjukkan bahawa rakyat di Sabah mempunyai keyakinan tinggi terhadap semua calon untuk bertanding.

Jelasnya, beliau menghargai semua sokongan yang diberikan dan berjanji bahawa GRS akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

"Saya amat sukacita dengan sokongan yang diberikan dan memastikan dengan dokongan dan kerjasama seluruh pimpinan baharu yang memimpin kerajaan negeri, bersama rakyat Sabah, Sabah akan menjadi negeri cemerlang, mencapai kejayaan lebih besar pada masa hadapan.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas dan sukarelawan yang bekerja bersungguh-sungguh sepanjang waktu kempen untuk menyokong usaha kita dan menentukan kemenangan parti kita ini," katanya.



Berita Harian X