Sabtu, 26 September 2020 | 7:47am

LANGSUNG pengundian dan keputusan PRN Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa layak mengundi hari ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Seramai 14,935 orang telah mengundi secara pos.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 2,540 saluran yang dibuka di 741 pusat mengundi.

Kerajaan Sabah juga telah mengisytiharkan hari ini sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi memudahkan rakyat Sabah menunaikan hak mengundi masing-masing.

SPR turut menjangkakan keputusan penuh PRN Sabah sebelum jam 10 malam ini bagi mengetahui wakil rakyat bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

BH Online membawa lintas langsung perkembangan semasa mengenai proses pengundian serta keputusan PRN Sabah.

2.10 pagi: Ketua Menteri Sabah yang baharu akan diumumkan pada majlis mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pagi nanti. - Ketua Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor

12.06 tengah malam: Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, tewas di DUN Kiulu. - SPR

12.07 tengah malam: Tan Sri Pandikar Amin Mulia (USNO) tewas di DUN Pintasan. - SPR

12.15 tengah malam: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengucapkan tahniah kepada semua calon yang terpilih menjadi wakil rakyat pada PRN Sabah.

12.15 tengah malam: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengucapkan terima kasih kepada pengundi Sabah yang meletakkan kepercayaan kepada GRS.

11.57 malam: Azhar Matussin (WARISAN) menang di DUN Darau.

11.30 malam: Keputusan 65 daripada 73 kerusi dipertandingkan sudah diketahui. - Pengerusi SPR

Setakat jam 11.30 malam, WARISAN secara rasmi memenangi 24 kerusi, PN (17), BN (14), PBS (enam), Bebas (dua), PKR (satu) dan UPKO (satu) - Pengerusi SPR

10.50 malam: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyerahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sabah untuk menentukan calon Ketua Menteri yang baharu.

10.40 malam: (Keputusan tidak rasmi setakat jam 9.50 malam) PN memenangi 17 kerusi, BN (13) dan PBS (lapan).

10.24 malam: Datuk Masiung Banah (Bebas) rasmi menang di DUN Kuamut.

10.21 malam: Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-UMNO) rasmi menang di DUN Lamag (kerusi baharu).

10.18 malam: (Keputusan tidak rasmi) Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Anifah Aman, tewas di DUN Bongawan.

10.14 malam: Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR) rasmi menang di DUN Tambunan.

10.03 malam: Sarifuddin Hata (WARISAN) menang di DUN Merotai.

9.56 malam: Datuk Seri Masidi Manjun (PN-BERSATU) rasmi menang di DUN Karanaan.

9.56 malam: Rina Jainal (WARISAN) menang di DUN Kukusan.

9.50 malam: (Keputusan tidak rasmi) GRS menguasai sembilan daripada 13 kerusi baharu pada PRN Sabah.

9.37 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk Christina Liew (WARISAN Plus) menang di DUN Api Api.

9.21 malam: (Keputusan tidak rasmi) Calon termuda, Yillson Yanggun, 23 (BN), tewas di DUN Tandek.

9.10 malam: Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, memberitahu pemberita bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara tidak rasmi mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu di Sabah.

9.09 malam: (Keputusan tidak rasmi) Calon tertua pada PRN Sabah, Taraji Jamdi, 75 (PPRS), tewas di kerusi DUN Bugaya.

9.06 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk Frankie Poon (WARISAN Plus) menang di DUN Tanjong Papat.

9.05 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (PN) menang di DUN Membakut.

9 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk Mohamaddin Ketapi (WARISAN Plus) menang di DUN Segama.

8.58 malam: Pemimpin dan penyokong dalam blok GRS sedang ceria dan bersorak, manakala blok WARISAN Plus suram.

8.51 malam: (Keputusan tidak rasmi) Tan Sri Pandikar Amin (USNO) menang di DUN Pintasan.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara tidak rasmi memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan apabila mendahului dengan 37 kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.50 malam.

8.48 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (WARISAN Plus) mempertahankan kerusi DUN Senallang.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului dengan 36 kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.40 malam ini, hanya tinggal satu kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah.

8.39 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk James Ratib (BN) menang di DUN Sugut.

8.38 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk Masiung Banah (Bebas) menang di DUN Kuamut.

8.38 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk Jahid Jahim (PBS) menang di DUN Tamparuli.

8.33 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk Joniston Bangkuai (PBS) menang di DUN Kiulu.

8.32 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR) menang di DUN Tambunan.

8.31 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk Seri Masidi Manjun (PN) menang di DUN Karanaan.

8.30 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk Hajiji Noor (PN) menang di DUN Sulaman.

8.30 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN) menang di DUN Lamag.

8.30 malam: Samad Jambri (PN-BERSATU) menang di DUN Labuk menurut keputusan rasmi pertama dikeluarkan SPR pada jam 8.15 malam

8.30 malam: (Keputusan tidak rasmi) GRS (PN, BN, PBS) menang 27 kerusi, WARISAN Plus enam

8.20 malam: (Keputusan tidak rasmi) Calon WARISAN Plus daripada DAP mendahului di enam kerusi DUN, iaitu Likas, Luyang, Kapayan, Elopura, Tanjong Papat dan Sri Tanjong.

8.21 malam: (Keputusan tidak rasmi) Datuk Seri Salleh Said Keruak (BN) menang di DUN Usukan.

7.30 malam: (Keputusan tidak rasmi) Calon DAP, Ginger Phoong, memperoleh majoriti untuk mempertahankan kerusi DUN Luyang selepas meraih lebih separuh daripada jumlah undi.

5.00 petang: Semua pusat pengundian PRN Sabah ke-16 ditutup secara rasmi.

Petugas SPR menutup pintu pagar selepas tamat waktu mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api Api pada jam 5 petang di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Kampung Air, Kota Kinabalu. - NSTP/Aswadi Alias

3.10 petang: 54 peratus pemilih berdaftar PRN Sabah keluar mengundi setakat jam 2 petang - SPR

1.20 tengah hari: Pengundian di SMK Bukit Garam, satu daripada enam pusat mengundi DUN Lamag, lancar dengan kehadiran pengundi berterusan sejak 7.30 pagi tadi, tetapi agak perlahan.

1.15 tengah hari: Sejumlah 41 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab setakat jam 12 tengah hari. SPR sasar antara 70 hingga 75 peratus akan keluar mengundi.

12 tengah hari: Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, sahkan 32 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab sehingga jam 11 pagi.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah sempena PRN Sabah. - Foto Aswadi Alias
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah sempena PRN Sabah. - Foto Aswadi Alias

Orang ramai menunaikan tanggungjawab mengundi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19 ketika proses pengundian PRN Sabah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens, Kiulu. - Foto BERNAMA

11.30 pagi: Petugas melakukan sanitasi dari semasa ke semasa di kawasan pusat pengundian DUN Moyog di SK Sugud, Penampang untuk mengelak risiko jangkitan

11.15 pagi: Pergerusi BN Sabah yang juga calon DUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin, selesai mengundi di SMK Bukit Garam, Kinabatangan.

Calon BN DUN Lamag yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selesai mengundi di SMK Bukit Garam, Kinabatangan pada jam 11.15 minit.
Calon BN DUN Lamag yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selesai mengundi di SMK Bukit Garam, Kinabatangan pada jam 11.15 minit.

Petugas KKM memakai pakaian pelindung diri (PPE) melakukan pemeriksaan kesihatan COVID-19 di tempat pengundian khas di Sekolah Kebangsaan Sembulan, Kota Kinabalu. - Foto Aswadi Alias
Petugas KKM memakai pakaian pelindung diri (PPE) melakukan pemeriksaan kesihatan COVID-19 di tempat pengundian khas di Sekolah Kebangsaan Sembulan, Kota Kinabalu. - Foto Aswadi Alias

10.20 pagi: Seorang pengundi yang didapati bergejala disaring di khemah Kementerian Kesihatan di SK Serusup, Tuaran. Mengikut SOP, pengundi bergejala dan tidak melepasi saringan akan diasingkan dan mengundi di khemah khas.

10.15 pagi: Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, memantau proses pengundian di SJKC Chung Hwa di Kota Kinabalu

Pengerusi PN Sabah yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Sulaman, Datuk Hajiji Noor, selesai mengundi di SK Serusup, Tuaran. - Foto BHOnline
Pengerusi PN Sabah yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Sulaman, Datuk Hajiji Noor, selesai mengundi di SK Serusup, Tuaran. - Foto BHOnline

10.12 pagi: Pengerusi PN Sabah yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Sulaman, Datuk Hajiji Noor, selesai mengundi di SK Serusup, Tuaran

10.10 pagi: Calon DUN Tambunan daripada Parti Solidariti Tanahairku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, selesai mengundi di SK Pekan Tambunan.

9.45 pagi: Pengerusi PKR Sabah yang juga penyandang kerusi DUN Api-Api, Christina Liew mengundi di SK Sacred Heart, Kota Kinabalu

9.32 pagi - Calon Bebas DUN Membakut, Ag Duramin Tafa, tiba di SK Kampung Brunei di Membakut untuk mengundi

Kelihatan pengundi kurang upaya membuang undi pada tinjauan perjalanan proses pembuangan undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac. - Foto Aswadi Alias
Kelihatan pengundi kurang upaya membuang undi pada tinjauan perjalanan proses pembuangan undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac. - Foto Aswadi Alias

 Penduduk menjalankan tanggungjawab mereka mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di SK Sacred Heart, Kota Kinabalu. - Foto BERNAMA
Penduduk menjalankan tanggungjawab mereka mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di SK Sacred Heart, Kota Kinabalu. - Foto BERNAMA

9.18 pagi: Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Darell Leiking, tiba di SK Sugud untuk mengundi. Beliau bertanding di kerusi DUN Moyog dalam saingan tujuh penjuru.

Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang juga calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, Datuk Darrel Leiking mengundi di SK Sugud, Penampang. - Foto Malai Rosmah Tuah

Infografik SOP Hari Mengundi - BERNAMA
Infografik SOP Hari Mengundi - BERNAMA

9 pagi: Seorang wanita warga emas pengsan ketika menunggu giliran untuk mengundi di SK Kampung Brunei, dekat Membakut.

Pengundi wanita warga emas pengsan telah diusung beberapa orang petugas SPR di pusat mengundi SK Kg Brunei Membakut. - Foto Rafiqah Dahali
Pengundi wanita warga emas pengsan telah diusung beberapa orang petugas SPR di pusat mengundi SK Kg Brunei Membakut. - Foto Rafiqah Dahali

8.07 pagi: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tiba di Pusat Mengundi SK Bubul, Semporna. Calon DUN Senallang itu selesai mengundi jam 8.16 pagi.

7.45 pagi: Cuaca seluruh Sabah diramal baik sepanjang hari, memberi peluang orang ramai keluar menjalankan tanggungjawab mengundi pada PRN Sabah

Ramalan cuaca di Kota Kinabalu pagi ini di https://www.accuweather.com/ms/my/kota-kinabalu/229992/weather-forecast/229992
Ramalan cuaca di Kota Kinabalu pagi ini di https://www.accuweather.com/ms/my/kota-kinabalu/229992/weather-forecast/...

7.50 pagi: Semakin ramai tiba di jeti untuk mengundi ketika tinjauan di SK Pulau Gaya di Kota Kinabalu. Terdahulu, petugas SPR juga tiba dengan membawa peti undi.

Orang ramai menaiki bot untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di SK Pulau Gaya. - Foto BERNAMA
Orang ramai menaiki bot untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di SK Pulau Gaya. - Foto BERNAMA

Penduduk menjalankan tanggungjawab mereka mengundi bagi PRN Sabah di SK Sacred Heart, Kota Kinabalu hari ini. - Foto BERNAMA
Penduduk menjalankan tanggungjawab mereka mengundi bagi PRN Sabah di SK Sacred Heart, Kota Kinabalu hari ini. - Foto BERNAMA

7.30 pagi: Sebanyak 741 pusat mengundi membabitkan 2,540 saluran bagi PRN Sabah mula dibuka.

Petugas SPR membawa peti undi ketika tinjauan hari pengundian pada Pilihan Raya Negeri Sabah di SK Pulau Gaya hari ini. - Foto BERNAMA
Petugas SPR membawa peti undi ketika tinjauan hari pengundian pada Pilihan Raya Negeri Sabah di SK Pulau Gaya hari ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X