Selasa, 15 September 2020 | 4:37pm
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sidang media mengenai penubuhan Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar di kementeriannya semalam. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sidang media mengenai penubuhan Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar di kementeriannya semalam. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar diwujudkan secara pentadbiran

KUALA LUMPUR: Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar (UCJAS) yang ditubuhkan kerajaan, semalam pada masa ini diwujudkan secara pentadbiran sehingga perincian dimuktamadkan.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan terma rujukan untuk unit itu masih dalam peringkat perbincangan antara kementerian itu dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Terma rujukan UCJAS masih di peringkat perbincangan dan apabila dimuktamadkan kelak, pihak KASA dan KDN akan membuat pengumuman secara rasmi", katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan petugas khas cegah jenayah alam sekitar yang ditubuhkan bakal menangani isu pencemaran secara menyeluruh dan proaktif.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dilaporkan berkata pasukan elit itu membabitkan kerjasama antara Unit Penguat Kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Biokeselamatan (JBK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dijangka dapat beroperasi awal bulan depan.

Berita Harian X