Isnin, 31 Ogos 2020 | 8:48am
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat kepada Pasukan Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia pada sambutan Hari Kebangsaan 2020 di Dataran Pahlawan Negara hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut hadir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. - Foto BERNAMA

Hayati Rukun Negara, bukan sekadar dibaca

KUALA LUMPUR: Rukun Negara bukan sekadar dijulang secara simbolik menerusi bacaan saban tahun ketika sambutan Hari Kebangsaan, titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang di-Pertuan Agong sebaliknya menitipkan pesanan bahawa roh dan semangat Rukun Negara yang berupaya menjadi tiang seri perpaduan rakyat berbilang bangsa, agama dan kaum itu harus dihayati serta diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.

"Rukun Negara menuntut perpaduan rakyat dibentuk menerusi budaya sopan, santun, hormat dan disulami pelbagai nilai murni.

"Pada hemat beta, prinsip-prinsip dan teras Rukun Negara bersifat sejagat, merentasi nilai murni semua bangsa dan agama, yang berupaya menyuluh laluan rakyat Malaysia dalam amalan hidup sebagai sebuah negara merdeka.

"Oleh yang demikian, prinsip itu harus dijadikan panduan dan amalan oleh semua pihak, termasuk pemimpin negara, kerajaan serta rakyat secara keseluruhannya," titah baginda, hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Dataran Pahlawan Negara, dekat Presint 1, di Putrajaya, di sini, tepat pada jam 8 pagi tadi.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disambut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejurus tiba keberangkatan baginda pada majlis sambutan Hari Kebangsaan 2020 bertemakan 'Malaysia Prihatin' di Dataran Pahlawan Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diiringi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejurus tiba keberangkatan baginda pada majlis sambutan Hari Kebangsaan 2020 bertemakan 'Malaysia Prihatin' di Dataran Pahlawan Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat kepada Pasukan Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia pada sambutan Hari Kebangsaan 2020 di Dataran Pahlawan Negara hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto BERNAMA

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Titah Al-Sultan Abdullah adalah yang kedua dalam sejarah, sejak negara menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan pada 1957.

Titah Diraja pertama oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, berlangsung pada tarikh sama, 31 Ogos, 50 tahun lalu, sewaktu Rukun Negara diisytiharkan pada 1970.

Mengimbau sejarah 50 tahun lalu, Al-Sultan Abdullah bertitah peristiwa hitam perbalahan antara kaum menyedarkan pemimpin negara mengenai keperluan satu formula untuk dijadikan pegangan ke arah membentuk penyatuan dan perpaduan.

"Lantaran itu, lahirlah Rukun Negara yang dijadikan sebagai asas kepada perpaduan nasional dan pembentukan negara bangsa.

"Terkandung dalam setiap lima prinsip Rukun Negara adalah formula bagaimana rakyat yang berbilang bangsa, agama, budaya, bahasa, boleh mengatasi segala perbezaan dan kepelbagaian, seterusnya hidup secara rukun serta damai.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja sempena sambutan 50 Tahun Rukun Negara dan Hari Kebangsaan 2020 di Dataran Pahlawan Negara hari ini. - Foto BERNAMA

"Rukun Negara menuntut sebuah negara bangsa yang dibentuk atas keteguhan pegangan agama yang kukuh, manakala rakyat pula dituntut untuk mencurahkan taat setia kepada raja yang menjadi payung serta lambang kedaulatan negara," katanya.

Sehubungan itu, baginda menitahkan supaya Perlembagaan Persekutuan, termasuk semua perkara dan hak keistimewaan yang disepakati sebelum ini perlu dihormati serta dipertahankan.

Mengakhiri titah, Al-Sultan Abdullah mengajak sekalian rakyat jelata menerapkan kesantunan dan sifat saling menghormati yang digariskan dalam Rukun Negara, selain ia disulami nilai murni.

"Beta yakin jika semangat yang terkandung dalam Rukun Negara terus dihayati dan tersemat kukuh di setiap jiwa rakyat Malaysia, insya-Allah negara kita akan terus kekal aman serta damai.

"Negara juga akan menjadi kukuh dan makmur, dengan rakyat yang bersatu padu. Beta ucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-50 Rukun Negara dan Hari Kebangsaan 2020.

"Beta dan Raja Permaisuri berdoa semoga Allah akan terus memelihara dan melimpahi Malaysia yang tercinta ini dengan keberkatan rezeki, kemakmuran, kesejahteraan rakyat, keamanan serta perpaduan yang berkekalan," titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat kepada Pasukan Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia pada sambutan Hari Kebangsaan 2020 di Dataran Pahlawan Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X