Sabtu, 29 Ogos 2020 | 12:02pm

29 peratus keluar mengundi setakat jam 11 pagi - Pengerusi SPR

SLIM RIVER : Seramai 29 peratus pengundi keluar bagi menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim setakat jam 11 pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata ramai warga emas keluar mengundi pada sebelah pagi, menyebabkan keadaan di beberapa pusat daerah mengundi sedikit sesak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan 85 peratus pemilih akan keluar mengundi pada PRK kali ini.

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas, S Santharasekaran dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Galeri Pilihan Raya Kecil DUN Slim

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan 85 peratus pemilih akan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Slim. - Foto NSTP/Shahrul Hafiz Zam
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan 85 peratus pemilih akan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Slim. - Foto NSTP/Shahrul Hafiz Zam
Berita Harian X