Sabtu, 22 Ogos 2020 | 5:55pm
Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri) bersama pemimpin kanan Perikatan Nasional yang hadir pada Kongres Negara di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad

'Ada yang cuba jadi jaguh tapi bawa roboh'

KUALA LUMPUR: Gesaan sesetengah pihak supaya kerajaan menggandakan suntikan dana bagi menampan kesan COVID-19 disifatkan sebagai cubaan menjadi jaguh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata kerajaan tidak pernah menggunakan alasan tiada peruntukan untuk membantu rakyat.

"Kita tidak salahkan hutang negara yang besar, sebaliknya kita cari wang. Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) bangun di Parlimen minta diberikan suntikan RM45 bilion.

"Ia untuk membiayai program pembangunan ekonomi jangka pendek, tetapi ada pula yang bangun nak jadi jaguh, minta gandakan sekali lagi supaya menjadi RM90 bilion.

"Peruntukan moratorium yang tak cukup pun dikatakan perlu ditambah, padahal masa dia jadi Menteri Kewangan, mantra atau perkataan yang terbit dari mulut ialah kita tak ada wang, kita tak ada wang, kita tak wang.

"Nak jadi jaguh, tetapi ini jaguh yang membawa roboh," katanya ketika menghadiri Kongres Negara 2020, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Meskipun tidak memetik sebarang nama, kritikan itu dipercayai merujuk kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang dilaporkan berkata Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya kedekut untuk menyuntik peruntukan tambahan RM45 bilion.

Menerusi kenyataan pada 20 Ogos lalu, beliau mengambil pendirian jumlah suntikan dana berjumlah RM90 bilion dengan tambahan RM45 bilion tidak terlalu besar, berbanding pakej rangsangan Singapura yang menjangkau 108 bilion dolar Singapura.

Antara perwakilan yang menghadiri Kongres Negara di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X