Rabu, 19 Ogos 2020 | 3:32pm
Foto hiasan. - Foto AMRAN HAMID
Foto hiasan. - Foto AMRAN HAMID

Ops Benteng: 25,458 kenderaan diperiksa, 2 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR: Dua warganegara asing ditahan atas kesalahan imigresen menerusi Ops Benteng yang dilancarkan pihak berkuasa bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata operasi itu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

"Sehingga semalam, sebanyak 64 sekatan jalan raya diadakan di seluruh negara dan memeriksa sebanyak 25,458 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutama di lorong-lorong tikus.

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba membolosi sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong tikus," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, selain mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI, operasi terbabit bertujuan mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.

Berita Harian X