Selasa, 18 Ogos 2020 | 10:25pm
Muhyiddin (tengah) bersama Abdul Hadi (lima kiri) dan Ahli Dewan Rakyat serta Ahli Dewan Negara PAS di Parlimen, malam tadi. - Foto FB Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin (tengah) bersama Abdul Hadi (lima kiri) dan Ahli Dewan Rakyat serta Ahli Dewan Negara PAS di Parlimen, malam tadi. - Foto FB Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin hadir majlis bersama pemimpin PAS

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri sesi ramah mesra bersama Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara PAS di Bangunan Parlimen, di sini, malam tadi.

Perdana Menteri berkata, ia bagi menghargai sokongan dan dukungan diberikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara parti itu kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saya juga amat berterima kasih kepada pimpinan PAS yang menyambut baik penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Muafakat Nasional (MN)," katanya ringkas dalam status dimuat naik di laman Facebooknya.

Minggu lalu, media melaporkan, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, Majlis Tertinggi parti itu bersetuju untuk menyertai MN yang mendukung Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar atau 'the grand coalition'.

Penyertaan BERSATU dalam Muafakat Nasional itu, kata Muhyiddin akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Berita Harian X