Ahad, 16 Ogos 2020 | 2:57pm
Ismail Sabri (tiga dari kanan) bersama calon BN, Mohd Zaini Aziz (dua dari kanan) beramah mesra bersama penduduk ketika mengadakan lawatan sempena PRK DUN Slim, di pekan Slim River. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Mutasi jenis D614G dikawal tetapi rakyat perlu berhati-hati

TANJUNG MALIM: Orang ramai tidak perlu bimbang dengan laporan yang menunjukkan virus D614G mengalami mutasi hasil daripada pengasingan kultur virus COVID-19 untuk tiga kes daripada Kluster individu dalam siasatan (PUI) Sivagangga dan Kluster Ulu Tiram

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata apa yang perlu dilakukan orang ramai ketika ini adalah untuk terus berhati-hati dengan mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan PKPD Secara Pentadbiran di Kedah dan Perlis.

"Selepas pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran di tiga kampung di Kedah dan dua di Perlis, saya dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan yang virus daripada Kluster Sivagangga dapat dikawal," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program santai melukis mural dan berkempen bersama calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz di sekitar Pasar Slim River, hari ini.

Ismail Sabri bersama calon BN, Mohd Zaini Aziz melukis mural ketika berkempen pada PRK DUN Slim di Slim River. Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam
Ismail Sabri bersama calon BN, Mohd Zaini Aziz melukis mural ketika berkempen pada PRK DUN Slim di Slim River. Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, semua individu termasuk penyokong dan jentera pilihan raya yang terbabit pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Saya faham kita mahu berkerja untuk memastikan calon kita menang tetapi pada masa sama perlu menjaga kesihatan dan keselamatan.

"Perlu memakai pelitup muka dan lakukan penjarakan fizikal. Saya tidak mahu ada tindakan dikenakan di sini dan perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X