Rabu, 12 Ogos 2020 | 1:05pm
Sebahagian daripada peralatan yang dirampas oleh MBSA dalam operasi di Sungai Buloh, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin

MBSA 'sapu bersih' Bandar Baru Sungai Buloh hari ini

KUALA LUMPUR: Sebuah premis dipercayai dijadikan pusat judi dalam talian yang berselindung di sebalik perniagaan pusat snuker, adalah di antara premis disita dalam operasi bersepadu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekitar Bandar Baru Sungai Buloh di sini, hari ini.

Sepanjang operasi bermula jam 10 pagi itu, petugas MBSA turut merampas semua perabot dan memotong bekalan elektrik serta air dengan bantuan petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor.

Operasi Bersepadu MBSA bersama agensi kerajaan termasuk PDRM, Kastam, Imigresen, TNB dan SPRM berikutan isu video tular di Sungai Buloh. - NSTP/Eizairi Shamsudin

BH yang turut serta dalam operasi itu mendapati premis berkenaan sudah tidak beroperasi dan terdapat lebih lima meja snuker ruang hadapan premis itu selain dua bilik rahsia yang dijadikan tempat judi dalam talian termasuk di tingkat atas premis terbabit.

Bagaimanapun segala peralatan komputer untuk kegiatan perjudian itu sudah tiada dan hanya kerusi dan meja yang ditinggalkan.

Operasi Bersepadu MBSA bersama agensi kerajaan termasuk PDRM, Kastam, Imigresen, TNB dan SPRM berikutan isu video tular di Sungai Buloh. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Operasi Bersepadu MBSA bersama agensi kerajaan termasuk PDRM, Kastam, Imigresen, TNB dan SPRM berikutan isu video tular di Sungai Buloh. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Roslan, berkata tindakan sita terhadap premis berkenaan dibuat selepas didapati menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

"Operasi pada hari ini juga dijalankan terhadap premis perniagaan serta gerai-gerai atas kesalahan sama termasuk gerai tanpa lesen yang beroperasi di bahu jalan sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas," katanya pada sidang media di lokasi, hari ini.

Mohd Rashidi berkata, sepanjang tahun ini sehingga awal Julai lalu sebanyak 44 premis perniagaan tanpa lesen oleh peniaga tempatan dan warga asing di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Operasi Bersepadu MBSA bersama agensi kerajaan termasuk PDRM, Kastam, Imigresen, TNB dan SPRM berikutan isu video tular di Sungai Buloh. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Operasi Bersepadu MBSA bersama agensi kerajaan termasuk PDRM, Kastam, Imigresen, TNB dan SPRM berikutan isu video tular di Sungai Buloh. - NSTP/Eizairi Shamsudin

"Tindakan sita diambil mengikut Undang-undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukan 19 (meninggalkan barangan perniagaan di tempat awam) dan Peruntukan 3 (menjaja tanpa lesen) serta Peruntukan 42 (kuasa sitaan).

"Semalam, sebanyak 101 notis dikeluarkan ke atas premis-premis di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)," katanya lagi.

Dalam operasi hari ini juga, MBSA turut merobohkan struktur tambahan pada premis perniagaan yang dibuat tanpa kelulusan MBSA seperti struktur dinding, lantai, kaki jalan serta sengkuap.

Operasi Bersepadu MBSA bersama agensi kerajaan termasuk PDRM, Kastam, Imigresen, TNB dan SPRM berikutan isu video tular di Sungai Buloh. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Operasi Bersepadu MBSA bersama agensi kerajaan termasuk PDRM, Kastam, Imigresen, TNB dan SPRM berikutan isu video tular di Sungai Buloh. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Seramai 230 petugas MBSA, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysiq (SPRM), TNB dan Air Selangor turut serta dalam operasi bersepadu itu.

Operasi Bersepadu MBSA bersama TNB berikutan isu video tular di Sungai Buloh. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Berita Harian X