Selasa, 11 Ogos 2020 | 11:47pm

Identiti 7 mangsa kemalangan maut sedang dikenal pasti

IPOH: Polis sedang mengenal pasti identiti tujuh mangsa kemalangan maut membabitkan sebuah treler dengan Perodua Alza, di Kilometer 5, Jalan Keramat Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, petang tadi.

Kemalangan yang berlaku jam 5.30 petang itu turut menyebabkan tiga lagi cedera.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata siasatan awal mendapati kesemua yang maut dalam kenderaan Perodua Alza itu mempunyai ikatan kekeluargaan dan beralamat di mukim Terap Kampung Badlishah, Serdang, Kedah.

"Ada kaitan (keluarga), kita sedang mengenal pasti hubungan antara mangsa dan akan memaklumkan selepas kita berjaya menghubungi waris mangsa.

"Tujuh mangsa yang maut itu membabitkan tiga wanita dewasa, dua lelaki dewasa dan dua kanak-kanak.

Polis sedang mengenal pasti identiti tujuh mangsa kemalangan maut. - Ihsan Bomba
Polis sedang mengenal pasti identiti tujuh mangsa kemalangan maut. - Ihsan Bomba

Kemalangan maut membabitkan sebuah treler dengan Perodua Alza, di Kilometer 5, Jalan Keramat Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, petang tadi. - Ihsan Bomba
Kemalangan maut membabitkan sebuah treler dengan Perodua Alza, di Kilometer 5, Jalan Keramat Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, petang tadi. - Ihsan Bomba

Siasatan awal mendapati kesemua yang maut dalam kenderaan Perodua Alza itu mempunyai ikatan kekeluargaan. - Ihsan Bomba
Siasatan awal mendapati kesemua yang maut dalam kenderaan Perodua Alza itu mempunyai ikatan kekeluargaan. - Ihsan Bomba

"Polis sudah menghubungi pemilik kenderaan untuk mendapatkan keterangan dan pihak keluarga sudah dihubungi untuk mendapatkan kerjasama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, malam ini.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya hanya mengenal pasti pemilik kenderaan yang beralamat di Mukim Terap, Kampung Badlishah di Serdang, Kedah.

Katanya, berdasarkan soal siasat terhadap pemilik itu, polis mendapati seorang daripada mangsa dipercayai meminjam kenderaannya.

A Asmadi berkata, hasil siasatan awal dipercayai kenderaan Perodua Alza yang turun dari Cameron Highlands dalam perjalanan balik ke Kedah.

"Hasil siasatan awal dipercayai (Perodua) Alza yang turun dari Cameron Highlands untuk meneruskan perjalanan balik ke Kedah terbabas masuk ke lorong kenderaan yang bertentangan sebelum melanggar treler.

"Difahamkan treler cuba mengelak ke kiri tetapi terlanggar juga. Pemandu treler tidak cedera dan agak terkejut kerana Alza memasuki laluan dan terus terbalik," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, polis meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Kemalangan yang berlaku jam 5.30 petang ini turut menyebabkan tiga lagi cedera. - Ihsan Bomba
Kemalangan yang berlaku jam 5.30 petang ini turut menyebabkan tiga lagi cedera. - Ihsan Bomba
Berita Harian X