Selasa, 11 Ogos 2020 | 7:30pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Seorang lagi pegawai penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang lagi pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan bagi membantu siasatan menerima rasuah dan melindungi premis perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, petang ini.

Tangkapan terbaharu itu menjadikan setakat ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menahan empat pegawai penguat kuasa MBSA dan seorang warga asing keturunan Acheh, hasil siasatan sejak jam 9 pagi tadi.

Pegawai berusia 39 tahun itu ditahan SPRM pada jam 5 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Penahanan terbaharu itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

Katanya, kesemua empat pegawai penguat kuasa MBSA itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk perintah reman.

Berita Harian X