Selasa, 11 Ogos 2020 | 10:00am

Memilih tilam yang tepat untuk tidur yang lebih lena

KESUKARAN untuk tidur pada waktu malam seringkali dikaitkan dengan tekanan atau kafein, tetapi pemilihan tilam juga turut memainkan peranan yang penting. Tidur yang berkualiti telah diperkaitkan dengan banyak faedah kesihatan termasuk pengekalan berat badan yang sihat, peningkatan konsentrasi dan produktiviti, pemaksimuman prestasi atletik, fungsi imun dan interaksi sosial yang meningkat sambil mengurangkan risiko keradangan, kemurungan, penyakit jantung, strok dan penuaan pra-matang.

Malangnya, ramai di kalangan rakyat Malaysia dipercayai mengalami gangguan tidur. Ini termasuk kesukaran untuk tidur, terjaga pada tengah malam dan keletihan selepas bangun dari tidur sambil mengalami simptom-simptom yang berkaitan dengan kekurangan tidur seperti sakit kepala, masalah konsentrasi, sakit bahu atau leher, serta perubahan mood.

Sebuah kajian pada tahun 2015 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hanya mendapat purata tidur sekitar 6.4 jam sahaja setiap hari, walaupun 8 jam sehari disyorkan untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Tema Hari Tidur Sedunia untuk tahun ini, "Better Sleep, Better Life, Better Planet" ("Tidur Lebih Baik, Kehidupan Lebih Baik, Planet Lebih Baik"), adalah "panggilan bangun" untuk rakyat Malaysia mengutamakan tabiat tidur yang baik.

Terdapat banyak punca tidur yang tidak sempurna. Ini termasuk tekanan, waktu tidur yang tidak teratur, diet yang tidak seimbang, statik badan dan gaya hidup. Walau bagaimanapun, satu penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut adalah semudah menukar tilam seseorang.

Gajet, insomnia dan statik badan: menangani trend yang membimbangkan

Sebuah kajian menunjukkan bahawa 63% rakyat Malaysia yang berusia antara 25 hingga 49 mengambil masa lebih dari 30 minit untuk tidur. Kebimbangan yang semakin meningkat adalah berikutan peningkatan trend penggunaan alat elektronik yang berpanjangan sebelum tidur. Pakar mengatakan ini telah menjadi penyebab umum masalah tidur kerana penggunaan alatan-alatan ini dan pendedahan kepada cahaya biru adalah antara punca kekurangan tidur dan insomnia. Ia juga boleh menyebabkan peningkatan statik badan.

Oleh itu, pemilihan tilam dengan fabrik anti-statik membantu mengurangkan statik badan yang boleh menyebabkan masalah seperti ketegangan dan ketidakselesaan, seterusnya menyebabkan insomnia. Tilam menyerap statik badan, dan kemudiannya melepaskannya ke udara.

Sempurna di setiap pusingan, untuk setiap lengkungan

Kita semua pernah melalui malam di mana kita tidak dapat merasa selesa. Akibatnya, kita melambung dan berpaling. Lebih-lebih lagi, mereka yang berkongsi katil dengan orang lain tentu dapat memahami bagaimana melambung dan berpaling di atas katil bukan sahaja mempengaruhi tidur seseorang, tetapi tidur pasangan mereka juga.

Untuk mengatasi masalah ini, tilam moden mempunyai sistem pegas (spring) pelbagai zon. Tilam dengan sistem pegas (spring) saku 5-zon dapat memberikan sokongan yang hebat dan gangguan yang minimum pada tidur anda serta individu yang tidur di sebelah anda seperti Tilam Coway Prime Series. Tilam ini juga menawarkan penjagaan dan keselesaan tambahan dengan foam memori, lateks semula jadi 100%, serat kelapa dan foam. Revolusi komposisi ini membolehkan tilam menyesuaikan diri dengan lengkungan semulajadi badan seseorang, memudahkan tidur tanpa gangguan. Ia juga memberikan sokongan yang mencukupi untuk kaki, pinggul, pinggang, bahu dan kepala.

Tempat tidur untuk Tidur yang lebih baik

Persatuan Tidur Sedunia mengesyorkan bahawa tempat tidur yang selesa dan menarik diperlukan untuk tidur dan kesihatan yang lebih berkualiti.

Tempat tidur yang baik bukanlah satu kemewahan. Ia satu keperluan. Pakar mencadangkan bahawa tilam perlu diganti setiap tujuh tahun sekali. Tanda lain yang memberitahu bahawa tilam perlu ditukar adalah jika seseorang kerap kali bangun dengan sakit serta ketegangan, atau jika tilam kelihatan usang dan koyak.

Kajian telah membuktikan bahawa memilih tilam yang betul dapat meningkatkan kualiti hidup kita secara keseluruhan. Walaupun kita menghabiskan satu pertiga dari hidup kita dengan tidur, kita kurang memberikan perhatian pada kualiti tilam kita. Bagaimanapun, Coway kini berusaha untuk mengubahnya.

Kualiti tilam hotel bertaraf 5-bintang dengan harga

Tilam Coway Prime Series menawarkan pengalaman baru ketika tidur. Kini tidak mustahil lagi untuk menikmati keselasaan dan ketahanan tilam hotel 5-bintang di dalam bilik tidur anda sendiri. Lebih-lebih lagi, ramai pengguna telah membukti bahawa mereka mendapat waktu malam yang lebih tenang.

Bertentangan dengan kepercayaan konvensional, mendapatkan tilam berkualiti hotel 5-bintang sebenarnya mampu dimiliki. Coway adalah yang pertama di Malaysia untuk menawarkan sewa tilam dengan harga serendah RM139.00 sebulan. Ini bermakna rakyat Malaysia dapat menikmati Coway Prime Series Mattress dengan harga di bawah RM5 semalam!

Tilam Coway Prime Series adalah bukti bahawa kualiti yang baik tidak semestinya datang dengan harga yang tinggi. Dengan bajet yang mampu milik, seseorang kini dapat tidur dengan nyenyak. Lagipun, melabur untuk tidur yang berkualiti boleh menjadi salah satu keputusan terbaik yang memberikan banyak faedah yang mengubah kehidupan.

Kebersihan paling penting

Coway Malaysia komited untuk menangani keperluan kebersihan bilik tidur. Bahan lateks semulajadi bebas alergen unik yang terdapat dalam Tilam Coway Prime Series menawarkan penyelesaian kebersihan yang unggul. Selain itu, Coway Malaysia menawarkan inovasi pasaran perintis termasuk pelapik tilam (topper) yang dapat ditukar. Sementara itu, Servis Penjagaan Tilam 7-Langkah Coway yang pertama seumpamanya merangkumi:

•Pengukuran Tahap Kontaminasi - Pengukuran awal tahap pencemaran tilam dengan kertas turas dan mikroskop digital

•Pembersihan Rangka Katil - Debu divakum dari rangka katil dengan berus eksklusif

•Pengelapan Rangka Katil – Rangka katil dilap dengan tisu bukan tenunan yang basah / kering

•Pembersihan Bahagian Sisi - Debu divakum dari sisi tilam menggunakan berus sisi

•Pembersihan Tilam - Debu dan bahan pencemar dibersihkan dengan daya sedutan vakum yang kuat, dilengkapi dengan penapis HEPA

•Penghalau Hama Habuk - Penghalau hama habuk digunakan untuk mengurangkan pertumbuhan tungau debu

•Pensterilan UV - Pensterilan UV digunakan untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan membersihkan tilam

Jenama dan proposisi nilai Coway, "Change Your Life" dan "Life-Changing Sleep" memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk membuat keputusan yang dapat menyempurnakan hidup dan menuju ke arah mendapatkan pengalaman tidur yang berkualiti dengan Tilam Coway Prime Series.

Coway Malaysia sentiasa dalam usaha untuk memastikan rakyat Malaysia terus menikmati pengalaman tidur yang selesa dan tenang di tempat tidur yang bersih. Oleh itu, jika anda tercari-cari tidur yang lebih lena, ketahui lebih lanjut mengenai Tilam Coway Prime Series hari ini! Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.coway.com.my/primeseries

Berita Harian X