Ahad, 9 Ogos 2020 | 2:31pm
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO BERNAMA
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO BERNAMA

178 ingkar PKP ditahan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 178 individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu lapan direman, manakala 169 individu lagi dikenakan kompaun dan seorang dijamin.

"Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM membuat 62,126 pemeriksaan semalam (8 Ogos 2020) bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP Pemulihan (PKPP).

"Sebanyak 3,277 Pasukan Pematuhan yang membabitkan 14,026 anggota membuat pemantauan di 3,945 pasar raya, 5,891 restoran, 1,521 penjaja, 125 kilang, 3,580 bank dan 694 pejabat kerajaan.

"Juga 1,138 terminal pengangkutan darat, 212 terminal pengangkutan air serta 99 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh Task Force Operasi Pematuhan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X