Jumaat, 7 Ogos 2020 | 4:05pm
Mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan bagi Negeri Sabah ke-16 akan diadakan di Kota Kinabalu pada 17 Ogos ini.
Mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan bagi Negeri Sabah ke-16 akan diadakan di Kota Kinabalu pada 17 Ogos ini.

PRN Sabah: SPR bermesyuarat 17 Ogos

KUALA LUMPUR: Mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan bagi Negeri Sabah ke-16 akan diadakan di Kota Kinabalu pada 17 Ogos ini.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, berkata mesyuarat berkenaan akan berlangsung di sebuah hotel pada jam 9 pagi, dan dipengerusikan Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom.

"Mesyuarat khas ini bagi membincangkan tarikh penting urusan pilihan raya seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih Terakhir Diperakui yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan.

"Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Berita Harian X