Jumaat, 31 Julai 2020 | 9:57am

Agong, Permaisuri tunai solat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan, di sini.

Keberangkatan Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke masjid itu, pada jam 8.25 pagi, disambut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan pentadbiran Pahang.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah & Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah berangkat ke Masjid Tengku Ampuan Afzan, Kuantan bagi menunaikan solat sunat Aidiladha hari ini. - Foto Twitter BERNAMA

Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ketika hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. - Foto Farizul Hafiz Awang

Turut berangkat menunaikan solat sunat itu ialah anakanda Seri Paduka berdua termasuk Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang kesemua mereka sedondon mengenakan baju Melayu berwarna kelabu.

Solat sunat itu dipimpin oleh imam besar masjid Mohd Hafiz Suhaili manakala bacaan khutbah Aidiladha disampaikan Kadi Kuantan, Abdul Aziz Abd Karim.

Seri Paduka juga berkenan menyaksikan ibadah korban membabitkan sembilan ekor lembu yang diadakan di perkarangan masjid sebelum berangkat pulang. – BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah & Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah berangkat ke Masjid Tengku Ampuan Afzan, Kuantan bagi menunaikan solat sunat Aidiladha hari ini. - Foto Twitter BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah & Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah berangkat ke Masjid Tengku Ampuan Afzan, Kuantan bagi menunaikan solat sunat Aidiladha hari ini. - Foto Twitter BERNAMA
Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, ketika hadir menunaikan solat sunat Aidiadha di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. - Foto Farizul Hafiz Awang

Berita Harian X