Khamis, 16 Julai 2020 | 7:06pm

COVID-19: Keputusan saringan negatif tetapi mungkin dijangkiti

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengakui daripada 100 individu yang disaring, berkemungkinan 10 daripadanya mendapat keputusan negatif walaupun individu berkenaan sebenarnya dijangkiti COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan siasatan dijalankan kemungkinan 'false negative' itu terjadi kerana tempoh inkubasi di mana kandungan bilangan virus adalah rendah ketika Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag).

"Justeru setiap individu yang disaring masih perlu menjalani tempoh 14 hari kuarantin seperti yang ditetapkan dalam pengurusan COVID-19," katanya dalam sidang media COVID-19, di sini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kelmarin (15 Julai) sebanyak 88,048 ujian RTK-Ag dijalankan dan daripada jumlah itu 197 ujian dikesan positif COVID-19 dengan peratusan positif iaitu 0.2 peratus.

"Daripada jumlah ini, 25,038 adalah saringan di semua pintu masuk antarabangsa termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2, Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

"Purata 357 individu disaring setiap hari yang kebanyakannya di KLIA dan klia2. Manakala, bagi ujian RT-PCR pula, sejumlah 829,238 dijalankan setakat ini," katanya.


  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • #taskid

    Berita Harian X