Rabu, 15 Julai 2020 | 11:24pm
Pelajar tahfiz dari Klant Hall, Slim River membacakan surah Yassin di rumah arwah dekat Kampung Bahagia, FELDA Sungai Behrang. Gambar kecil adalah Allahyarham Datuk Mohd Khusairi. - NSTP/Rosman Shamsudin
Pelajar tahfiz dari Klant Hall, Slim River membacakan surah Yassin di rumah arwah dekat Kampung Bahagia, FELDA Sungai Behrang. Gambar kecil adalah Allahyarham Datuk Mohd Khusairi. - NSTP/Rosman Shamsudin

'Tak sangka itulah pertemuan terakhir kami'

BEHRANG: "Kali terakhir saya jumpa abang pada Ramadan lalu, abang minta saya buat bubur lambuk untuk penduduk Kampung Bahagia, FELDA Sungai Behrang," kata Zuraidi Abdul Talib, 52.

Zuraidi adalah adik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi yang meninggal dunia di Hospital Bentong petang tadi.

Katanya, dia menerima berita mengatakan abangnya rebah daripada sepupunya dalam kumpulan WhatsApp keluarga.

Zuraidi Abdul Talib.
Zuraidi Abdul Talib.

" Apabila mendapat berita itu, saya terus menghubungi rakan abang yang ketika itu baru sampai di Hospital Bentong, dia maklum abang masih dirawat.

"Selang beberapa minit, dia hubungi semula mengatakan abang sudah tiada," katanya ketika ditemui di Kampung Bahagia, FELDA Sungai Behrang, dekat sini.

Allahyarham adalah anak ketiga daripada lapan beradik.

Zuraidi berkata abangnya sentiasa mengambil berat kebajikan ahli keluarga sebagaimana arwah mengambil berat kebajikan rakyat.

Katanya, pemergian arwah amat dirasai dan ia satu kehilangan besar buat mereka sekeluarga serta penduduk Tanjung Malim.

Sementara itu, tinjauan di rumah ibu Allahyarham mendapati ahli keluarga dan penduduk menunggu ketibaan jenazah yang dijangka tiba malam ini.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Behrang pagi esok.

Berita Harian X