Rabu, 1 Julai 2020 | 7:27pm

'Terima kasih, rakyat Malaysia'

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang banyak membantu sehingga berjaya mengawal penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Jelas gembira dengan pencapaian itu, beliau berkata, kerjasama seluruh rakyat Malaysia dapat dilihat dengan ketara menerusi sifar kes penularan tempatan yang dicatat hari ini dan hanya satu kes positif jangkitan dari luar negara.

"Terima kasih rakyat Malaysia membantu KKM (Kementerian Kesihatan) dan kita berjaya mencapai hanya satu kes serta sifar kes penularan tempatan," katanya dalam sidang media COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pencapaian itu adalah hasil kerjasama setiap peringkat lapisan masyarakat yang memainkan peranan masing-masing.

Katanya, ia termasuk mengamalkan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Penurunan kes harian ini menggambarkan kesedaran masyarakat terhadap kawalan kendiri dan tanggungjawab sosial.

"Ini semua adalah normal baharu yang perlu diamalkan secara meluas dan berterusan bagi memastikan kita berjaya memerangi wabak COVID-19," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (tengah) menunjukkan kertas tertera angka 1 menandakan satu kes baharu dilaporkan iaitu kes import jangkitan luar negara, pada sidang media di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA
    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (tengah) menunjukkan kertas tertera angka 1 menandakan satu kes baharu dilaporkan iaitu kes import jangkitan luar negara, pada sidang media di Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA
    Berita Harian X