Khamis, 25 Jun 2020 | 5:51pm
Infografik BERNAMA
Infografik BERNAMA

Inti pati mesyuarat JKKMAR akan diumum dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat, berkaitan inti pati mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) yang turut dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Dasar & Strategik) Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, berkata kenyataan mengenai mesyuarat itu yang diadakan pada hari ini dan turut disertai Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Berkenaan mesyuarat JKKMAR...tunggu kenyataan daripada PMO yang dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat," katanya pada BH, hari ini.

GIACC ditubuhkan untuk menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan gerakan antirasuah negara.

Ia juga bertanggungjawab merancang, merumus strategi dan menilai dasar dalam memastikan semua urusan kerajaan mematuhi prinsip tadbir urus yang baik, berintegriti dan toleransi sifar terhadap rasuah.

Rujukan dan panduan utama dalam usaha memerangi rasuah itu turut disediakan kerajaan seperti terkandung dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) yang dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 29 Januari tahun lalu.

Berita Harian X