Khamis, 18 Jun 2020 | 9:02am
Ammar bersama kakitangan berbincang bagi memulihkan semula syarikat yang terjejas teruk akibat pandemik. - NSTP/Ihsan Ammar Roslizar
Ammar bersama kakitangan berbincang bagi memulihkan semula syarikat yang terjejas teruk akibat pandemik. - NSTP/Ihsan Ammar Roslizar

Agensi pelancongan seperti 'mati hidup semula'

KUALA LUMPUR: 'Mati hidup semula', itu yang boleh digambarkan mengenai situasi yang dialami kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia yang berdepan masalah perniagaan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID-19.

Perniagaan mereka dari Februari hingga Mei hampir lumpuh sepenuhnya. Kebanyakannya terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi disebabkan ketiadaan keuntungan jualan.

ARBA Travel yang menumpukan kepada sektor pelancongan sudah mula terjejas seawal Februari 2020. - NSTP/Ihsan Ammar Roslizar
ARBA Travel yang menumpukan kepada sektor pelancongan sudah mula terjejas seawal Februari 2020. - NSTP/Ihsan Ammar Roslizar

Namun, tindakan pantas kerajaan dalam memperkenalkan pelbagai inisiatif melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) membuka semula ruang untuk usahawan PKS bernafas kembali.

Ketua Pegawai Eksekutif ARBA Travel, Ammar Roslizar, berkata syarikatnya yang menumpukan kepada sektor pelancongan sudah mula terjejas seawal Februari 2020.

Beliau berkata, COVID-19 yang melanda dunia selain pelaksanaan PKP memberi impak besar kepada perniagaannya.

ARBA Travel yang menumpukan kepada sektor pelancongan sudah mula terjejas seawal Februari 2020. - NSTP/Ihsan Ammar Roslizar
ARBA Travel yang menumpukan kepada sektor pelancongan sudah mula terjejas seawal Februari 2020. - NSTP/Ihsan Ammar Roslizar

"Kami pada mulanya menganggarkan jualan ARBA pada 2020 sekitar RM100 juta hingga RM140 juta. Namun, bermula Mac 2020, jualan kami menjadi sifar kerana sempadan tidak dibuka dan pelanggan tidak berani untuk melancong walaupun domestik.

"Sejak awal Februari 2020 hingga 18 Mac 2020, kami datang ke pejabat pada setiap hari termasuk hari minggu, dari pagi sehinggalah tengah malam. Ini bagi menyelamatkan nyawa syarikat.

"Setiap minggu, strategi terpaksa diubah berdasarkan perkembangan semasa COVID-19 ketika itu," katanya.

Beliau berkata, program subsidi upah dan kemudahan bantuan khas (SRF) banyak membantu syarikatnya termasuk 60 pekerja di bawahnya.

"Sebagai majikan, kami sedaya upaya akan mempertahankan kebajikan pekerja. Subsidi upah yang dimohon kami sebanyak RM1,200 (setiap pekerja) dan SRF sebanyak RM1 juta membantu syarikat.

"Walaupun berdepan dengan kesusahan dan ekonomi negara juga jatuh, kerajaan tetap prihatin dan sentiasa mengutamakan rakyat," katanya.

ARBA Travel yang menumpukan kepada sektor pelancongan sudah mula terjejas seawal Februari 2020. - NSTP/Ihsan Ammar Roslizar
ARBA Travel yang menumpukan kepada sektor pelancongan sudah mula terjejas seawal Februari 2020. - NSTP/Ihsan Ammar Roslizar

Ammar berkata, pakej PRIHATIAN dan PENJANA hadir sebagai sebuah dasar yang sangat tepat pada masanya dengan jumlah bantuan yang menyeluruh.

Beliau berkata, tidak dapat dibayangkan sukarnya mahu menyelamatkan syarikat serta memastikan pekerjaan terus kekal tanpa bantuan PRIHATIN dan PENJANA.

Namun katanya, usahawan PKS tidak seharusnya bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata, mereka juga perlu lebih kreatif dalam memastikan perniagaan lebih berkembang.

ARBA Travel yang menumpukan kepada sektor pelancongan sudah mula terjejas seawal Februari 2020. - NSTP/Ihsan Ammar Roslizar
ARBA Travel yang menumpukan kepada sektor pelancongan sudah mula terjejas seawal Februari 2020. - NSTP/Ihsan Ammar Roslizar

Berita Harian X