Isnin, 8 Jun 2020 | 12:01pm
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Misi diplomatik ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

KUALA LUMPUR: Dekan Kor Diplomatik di Malaysia, Prof Qaley Allahverdiyev, bagi pihak rakan-rakan Duta dan Pesuruhjaya Tinggi di Malaysia, merakamkan ucapan tahniah kepada kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka, hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Kedutaan Azerbaijan di Malaysia kepada BERNAMA, Duta dan Pesuruhjaya Tinggi mendoakan semoga rakyat negara Malaysia sentiasa dilindungi dan dilimpahkan kemakmuran di bawah pimpinan Raja yang bijaksana.

Menurut kenyataan itu, Malaysia terus berperanan penting bukan sahaja di rantau ini malah di persada antarabangsa.

"Kami sebagai wakil rasmi negara kami, sangat menghargai komitmen Seri Paduka dalam mengukuhkan kedaulatan Malaysia.

"Semoga Seri Paduka sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan keceriaan pada hari keputeraan baginda," kata Allahverdiyev yang juga Duta Azerbaijan ke Malaysia. – BERNAMA

Berita Harian X