Sabtu, 23 Mei 2020 | 3:13pm

Tiada kakitangan penjara, imigresen dijangkiti COVID-19

KUALA LUMPUR: Tiada pegawai dan anggota Jabatan Penjara Malaysia serta Jabatan Imigresen Malaysia yang mengendalikan pendatang asing tanpa izin (PATI) dijangkiti COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, berkata setakat ini PATI yang ditahan di penjara juga bebas jangkitan wabak berkenaan.

"Setakat ini tidak ada (di penjara). Walaupun mereka terdiri daripada warga asing, mungkin mereka sudah dipenjara lebih awal sebelum wabak ini datang lagi. Jadi, tidak timbul isu itu," katanya pada sidang medianya hari ini.

Mengenai petugas Jabatan Imigresen Malaysia yang menjaga depot, Ismail Sabri berkata, setakat ini saringan sudah dibuat terutama di depot Bukit Jalil.

"Seramai 114 pegawai dan anggota yang bertugas didapati negatif. Saringan juga sedang dilakukan di depot (Imigresen) Semenyih, tiada isu lagi.

"Kalau ada dalam kalangannya (anggota Imigresen) positif, akan dirawat, setakat ini OK," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub. - Foto BERNAMA
    Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub. - Foto BERNAMA
    Berita Harian X