Sabtu, 23 Mei 2020 | 3:03pm

KRT dibenarkan buat rondaan

KUALA LUMPUR:Kementerian Perpaduan Negara akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk membenarkan jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) terbabit dalam operasi rondaan terutama di kawasan penempatan mereka.

Menteri Kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, berkata kerajaan bersetuju untuk benarkan mereka membantu pihak berkuasa dalam membuat pemantauan pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Mesyuarat setuju dan meminta Kementerian Perpaduan Negara menyediakan SOP KRT bagi melaksanakan rondaan SRS bagi memastikan ianya mematuhi protokal kesihatan.

"Kita setuju KRT terbabit kerana ia melibatkan salah satu program memperkasa komuniti setempat.

"Kita minta ketua kampung, jawatankuasa masjid dan surau terbabit dalam aktiviti ini. Kita mengalu-alukan permohonan KRT ini," katanya pada sidang medianya hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Berita Harian X