Sabtu, 23 Mei 2020 | 2:48pm

COVID-19: Penghantaran mahasiswa disambung Selasa

KUALA LUMPUR: Kerajaan setuju mempercepatkan urusan membawa pulang pelajar di kampus mulai Selasa ini berbanding Khamis seperti dipersetujui sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, berkata keputusan itu dibuat berikutan permintaan daripada ibu bapa dan pelajar.

Katanya, urusan membawa pulang pelajar minggu depan membabitkan 1,480 pelajar menggunakan enam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.

"Empat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu akan membawa pulang 1,148 pelajar, manakala dua penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur akan bawa 332 pelajar.

"Pelajar yang akan dihantar pulang sudah menjalani saringan kesihatan. Saya harap isu pelajar pulang dapat diselesaikan dengan segera," katanya pada sidang medianya di Putrajaya dekat sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Gambar hiasan. - Foto NSTP
    Gambar hiasan. - Foto NSTP
    Berita Harian X