Jumaat, 22 Mei 2020 | 6:20pm
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pegawai positif COVID-19, Perdana Menteri kena kuarantin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di kediamannya bermula petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya, memaklumkan tindakan itu diambil selepas seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada Rabu, disahkan positif COVID- 19.

"Perdana Menteri sudah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

"Mengikut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini," kata kenyataan itu.

Berita Harian X