Isnin, 18 Mei 2020 | 11:25am
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Usaha pulih sektor pelancongan perlu diteruskan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu usaha memulihkan sektor pelancongan negara diteruskan biarpun program Tahun Melawat Malaysia 2020 sudah dibatalkan.

Baginda bertitah, pemain industri pelancongan hendaklah berusaha untuk memperkukuhkan produk dan pakej pelancongan serta menjaga infrastruktur sedia ada bagi mengembalikan semula kecemerlangan sektor pelancongan negara.

Sebagai tuan rumah APEC 2020, Malaysia titahnya, akan menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan hala tuju APEC khususnya dalam membentuk landasan baharu kerjasama ekonomi serantau pasca COVID-19.

"Beta percaya, kerajaan beta akan dapat memberikan kepimpinan yang berkesan ke arah usaha tersebut dan juga merencana wawasan baharu APEC bagi menggantikan matlamat Bogor yang akan berakhir tahun ini," titahnya.

Baginda bertitah demikian pada majlis istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, hari ini.

Berita Harian X