Ahad, 17 Mei 2020 | 9:18am
KUMPULAN wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman, bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu.
KUMPULAN wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman, bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu.

Menteri Besar Kedah: Sanusi dijadualkan angkat sumpah petang ini

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah Ke-14, pada jam 2 petang ini.

Pada jam 10 pagi ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan beliau sebelum diikuti pengumuman pelantikan Menteri Besar baharu.

Pengumuman terbabit akan dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim sebelum majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Ketika ini, kumpulan wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman di sini, bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu.

Berita berkaitan:

  • Mukhriz letak jawatan
  • Usah tangisi kejatuhan kerajaan PH Kedah
  • Sanusi Menteri Besar Kedah Ke-14
  • Sultan Kedah perkenan lantik Sanusi sebagai Menteri Besar
  • Kronologi kemelut politik Kedah
  • Berita Harian X