Jumaat, 15 Mei 2020 | 8:30pm
Hanya klinik dan hospital swasta yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja boleh menyediakan kemudahan serta perkhidmatan saringan COVID-19. - Foto BERNAMA
Hanya klinik dan hospital swasta yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja boleh menyediakan kemudahan serta perkhidmatan saringan COVID-19. - Foto BERNAMA

Dapatkan saringan COVID-19 daripada klinik, hospital diluluskan KKM

KUALA LUMPUR: Hanya klinik dan hospital swasta yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja boleh menyediakan kemudahan serta perkhidmatan saringan COVID-19.

Setakat ini, 20 klinik dan 31 hospital swasta di seluruh negara diberi kebenaran untuk melakukan saringan terbabit.

Berdasarkan maklumat dikeluarkan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan (CKAPS) di bawah KKM, setakat ini hanya 20 klinik dan 31 hospital swasta seluruh negara dibenarkan mengendalikan ujian itu.

Difahamkan, ujian yang digunakan ialah kaedah Reverse Transcriptase - Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dengan kadar bayaran di antara RM350 hingga RM500.

Kuala Lumpur, klinik yang dibenar menyediakan perkhidmatan saringan itu ialah Klinik Medicare di Sungai Besi.

Selangor - Megaklinik Zahran (Bandar Baru Bangi), Klinik Genesis (Subang Jaya), Klinik Care (Rawang), Klinik Mediviron (Puchong), Klinik Menara (Shah Alam), Klinik Lingam (Dengkil), Klinik Alam Medic (Shah Alam) serta Klinik dan Surgeri Putra di TamanPutra.

Johor - Klinik Lee dan Surgeri di Skudai;

Melaka - Klinik TTMC Ayer Keroh (Hang Tuah Jaya) dan Mega Klinik Zahran (Taman 1 Lagenda)

Negeri Sembilan - Klinik Menara (Bandar Sri Sendayan) serta Klinik Aisyah dan Yusof (Nilai).

Pulau Pinang - Klinik Menara (Bayan Lepas); di Perak di BP Diagnostik (Taiping); Sabah iaitu di Family Care Cilinic Dr Mathan Mohan Rao (Papar); Permai Policylinics (Kota Kinabalu) dan Medisinar Klinik dan Surgeri Tuaran.

Manakala bagi hospital swasta yang mengendalikan saringan COVID-19 ialah enam di Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu Pantai Hospital Cheras, Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Damai Service Hospital, Hospital Pusrawi, HSC Medical Centre, Gleneagles Kuala Lumpur, Hospital Pakar KPJ Sentosa.

Selangor - Hospital Pantai Klang, Hospital Pakar KPJ Kajang, Ampang Puteri dan Rawang, Thomson Hospital Kota Damansara dan Hospital Islam Az-Zahra.

Perlis - di Hospital Pakar KPJ Perlis

Perak - Hospital Pakar KPJ Ipoh, Taiping Medical Centre dan Pantai Hospital Manjung.

Pulau Pinang - Loh Guan Lye Specialist Centre, Georgetown Specialist Hospital dan Penang Hospital Pantai

Pahang - KPJ Pahang Specialist Hospital

Negeri Sembilan - KPJ Seremban Specialist Hospital dan Mawar Medical Centre,

Johor - Gleneagles Medini; Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani, Muar; KPJ Bandar Datuk Onn Specialist Hospital, Johor Bahru; Pasir Gudang Specialist Hospital; KPJ Batu Pahat Specialist Hospital; Hospital Pakar KPJ Johor dan KPJ Puteri Specialist, Johor Bahru.

Melaka - Pantai Hospital Ayer Keroh

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X