Ahad, 10 Mei 2020 | 11:18am
PEMUDA Grab Food kudung tangan, Syed Mohd Syahrain Syed Fadzin. NSTP/Rohanis Shukri.
PEMUDA Grab Food kudung tangan, Syed Mohd Syahrain Syed Fadzin. NSTP/Rohanis Shukri.

Tepis persepsi terhadap OKU

KUALA LUMPUR: Menjalani kehidupan seharian dengan kudung kedua-dua tangan bukanlah penghalang bagi seorang lelaki untuk memilih penghantar makanan bermotosikal sebagai kerjayanya.

'Kekurangan' pada Syed Mohd Syahrain Syed Fadzil membuatkan pemuda berusia 26 tahun itu berazam menangkis persepsi segelintir masyarakat terhadap orang kurang upaya (OKU).

Malah, kisah anak kelahiran Kampung Merbau Indah, Sungai Buloh di sini, kembali tular di media sosial apabila kisahnya dimuat naik di Facebook (FB) seorang pemuda dikenali sebagai Edmund Gan, baru-baru ini.

Beliau yang mesra disapa Syahrain mengakui terkejut dengan situasi itu, selain banyak menerima mesej daripada masyarakat Cina menerusi FB mahupun Instagram (IG) peribadinya.

"Macam mana 'you' (awak) bawa motor? Itu antara pertanyaan dikemukakan Edmund ketika melihat saya menunggang motosikal walaupun kudung kedua-dua pergelangan tangan.

PEMUDA Grab Food kudung tangan, Syed Mohd Syahrain Syed Fadzin. NSTP/Rohanis Shukri.
PEMUDA Grab Food kudung tangan, Syed Mohd Syahrain Syed Fadzin. NSTP/Rohanis Shukri.

SYED Mohd Syahrain memakai pelitup muka sebelum memulakan kerjanya sebagai penghantar makanan. NSTP/Rohanis Shukri.
SYED Mohd Syahrain memakai pelitup muka sebelum memulakan kerjanya sebagai penghantar makanan. NSTP/Rohanis Shukri.

SYED Mohd Syahrain menjadi penghantar makanan sebagai punca pendapatnya. NSTP/Rohanis Shukri.

"Tak sangka dia (Edmund) membuat hantaran mengenai saya hingga ramai orang Cina mesej di FB dan IG. Ada yang berbahasa Inggeris dan tidak kurang juga yang berbahasa Cina.

"Ada beberapa saya minta diterjemahkan dan ada yang saya tak faham, tetapi kebanyakannya menyatakan kagum dengan semangat saya," katanya ketika ditemui BH.

Menceritakan detik itu, Syahrain berkata, pihaknya terpaksa meminta bantuan Edmund mengangkat minuman kerana kafe kehabisan plastik pembungkus.

"Kafe berkenaan berikan kotak untuk letak air, tetapi sukar untuk saya kendalikannya. Malah, kakitangan kafe berkenaan yang terpaksa masukkan minuman terbabit dalam beg GrabFood saya.

"Apabila tiba di destinasi, saya minta Edmund tolong angkat, tetapi dia agak pelik melihat saya dan dari situ kami berbual. Dia bertanya bagaimana saya bawa motosikal dan mengambil gambar kenangan bersama.

"Bagaimanapun, ia bukanlah perkara baru bagi saya. Kebanyakan pelanggan akan bertanya keadaan saya dan saya gunakannya sebagai topik memulakan perbualan dengan mereka," katanya.

Ditanya mengenai kelainannya itu, Syahrain menjelaskan, pergelangan kedua-dua tangannya hancur akibat letupan bom berhampiran Penjara Sungai Buloh di sini, 17 tahun lalu.

"Ketika itu saya berusia sembilan tahun dan tak tahu itu bom. Tiba-tiba ia meletup apabila saya pegang dan tangan hancur hingga doktor terpaksa potong untuk elak jangkitan kuman.

"Saya mengambil masa hampir tiga tahun untuk menyesuaikan dengan keadaan ini dan mungkin ada sebab takdir saya seperti ini.

"Sebelum ini, saya ada pakai tangan palsu, tetapi tekad untuk tidak meneruskannya kerana kurang selesa, selain pergerakan jadi terbatas. Keadaannya berbeza dengan kaki palsu dan saya lebih selesa seperti ini," katanya.

Berita Harian X