Selasa, 21 April 2020 | 10:31am
Caption: Keluarga bekas pesakit COVID-19 menyerahkan 30,000 topeng penutup hidung dan mulut jenis P95 kepada wakil Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. - Foto e-mel
Caption: Keluarga bekas pesakit COVID-19 menyerahkan 30,000 topeng penutup hidung dan mulut jenis P95 kepada wakil Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. - Foto e-mel
Keluarga bekas pesakit COVID-19 memberi sumbangan 3,000 keping topeng muka gred tinggi, P95 kepada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. - Foto e-mel
Keluarga bekas pesakit COVID-19 memberi sumbangan 3,000 keping topeng muka gred tinggi, P95 kepada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. - Foto e-mel

Bekas pesakit COVID-19 sumbang topeng P95

Kuala Lumpur: Sebagai tanda penghargaan kepada pasukan barisan hadapan yang bertungkus lumus menyelamatkan pesakit COVID-19, satu pasangan suami isteri bekas pesakit tampil menyumbangkan 3,000 topeng muka gred tinggi, jenis P95 kepada Pusat Kesihatan Daerah Petaling (PKDP).

Bekalan topeng muka itu diserahkan anak kepada pasangan bekas pesakit COVID-19, Rosli Dahlan dan Misni Aryani Muhamad iaitu Arif Rasyad dan Azam Rais kepada Pembantu Pegawai Kesihatan PKDP, Dr Abdullah Shafie Muhammad.

Dr Abdullah Shafie berkata, pihaknya menghubungi Rosli untuk meminta bantuan mendapatkan topeng N95 bagi barisan hadapan sebelum ini berikutan pihaknya hampir kehabisan bekalan.

“Saya menghantar pesanan kepada beliau dan menceritakan bahawa bekalan kami hampir terputus dan stok dari pusat masih belum sampai.

“Pada mulanya saya agak segan kerana kos untuk 3,000 keping topeng N95 agak tinggi iaitu RM60,000 dan saya terkejut apabila Rosli bukan sahaja bersetuju malah menyumbang topeng gred lebih tinggi, ” katanya kepada BH, di sini.

Beliau berkata topeng muka yang diberikan ialah gred tertinggi yang melebihi piawaian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bagi memastikan kakitangan perubatan di situ betul-betul selamat daripada risiko jangkitan.

Sementara itu, Arif Rasyad berkata, pihaknya ingin membantu kerana tahu bahawa bekalan topeng ini amat diperlukan mereka di barisan hadapan dalam mendepani COVID-19.

“Saya memberitahu PKDP kami akan membantu mendapatkan topeng itu kerana ia amat diperlukan mereka di barisan hadapan,” katanya.

Pegawai Kesihatan Petaling, Dr Mohamed Paid pula turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga itu dan kenalan mereka, Datuk Allan Goh dari IServe Sdn Bhd, Ahmad Mohd dari Jakarta dan Amirah Azhar dari firma guaman Rosli Dahlan.

“Sumbangan ini membawa membawa mesej bahawa mereka sangat menghargai usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan bagi melawan COVID-19, ” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X