Sabtu, 18 April 2020 | 3:13pm
Syarikat penerbangan hanya dibenarkan beroperasi apabila mendapat kebenaran daripada kerajaan. - Foto hiasan
Syarikat penerbangan hanya dibenarkan beroperasi apabila mendapat kebenaran daripada kerajaan. - Foto hiasan

COVID-19: Operasi syarikat penerbangan tertakluk kebenaran kerajaan

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hanya dibenarkan beroperasi apabila mendapat kebenaran daripada kerajaan.

Menjawab soalan berhubung tindakan sesetengah syarikat penerbangan yang sudah mengiklankan penjualan tiket, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

“Walaupun mereka jual tetapi daripada segi operasi akan ditentukan oleh kerajaan.

“Kalau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat sekalipun, akan ada SOP tertentu diperkenalkan.

“Tidak bermakna PKP tamat, esok boleh terus bebas seperti hari biasa,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat menteri mengenai pelaksanaan PKP di Putrajaya dekat sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, masih ada SOP tertentu yang akan diperkenalkan oleh kerajaan.

“Jika syarikat penerbangan dah mula hendak jual, (tetapi) jika sampai tarikh itu kerajaan tidak membenarkan, maka ia tidak boleh diteruskan,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X