Selasa, 14 April 2020 | 6:31pm

Semua fasiliti MoTAC ditutup hingga akhir April

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC) mengarahkan semua fasiliti awam di bawah jabatan dan agensinya ditutup sementara berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata langkah itu dibuat setelah mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan menyekat penularan wabak COVID-19.

Semua Ketua Jabatan dan Agensi, katanya, telah diarahkan untuk menutup fasiliti awam di bawah seliaan masing-masing selain melakukan nyah kuman di semua ruangan kunjungan terbabit.

“Selari dengan usaha yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), MoTAC menyeru semua pihak termasuk orang ramai untuk sama-sama membantu dalam menyekat penularan wabak ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fasiliti kendalian Jabatan dan Agensi di bawah MoTAC yang ditutup adalah Jabatan Muzium Malaysia (JMM); Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN); Jabatan Warisan Negara (JWN).

Selain itu, Arkib Negara Malaysia (ANM); Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia; Perpustakaan Negara Malaysia; Jabatan Kebudayaan serta Kesenian Negara (JKKN); Istana Budaya dan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC).

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X